Tuesday, December 18, 2012

Sharing is caring :D

THIS IS A STICKY NOTE *scroll down for latest post*

LET'S EXCHANGE LINKS :D

Assalamualaikum pretty ladies (urm, and handsome guy too?)!

Welcome to my humble blog. This blog is taking baby steps so let's share infos especially on wedding preparation. Sorrylah blog ni tak seberapa tapi I akan cuba untuk kongsi preparation wedding I & everything else.

Dont forget to leave your footprints on my blog!

ps: Please leave your blog link dekat tempat comment kay! insyaAllah I'll link you back. I'll update my blog list once a week. insyaAllah :) Marilah follow-mengfollow

Saturday, December 15, 2012

Being pregnant is fun :)

Salam.

After more than a month announcing about the little bump, I've gone through a lot. A LOTTT! Being pregnant is awesome! Well at least mine is! :) Alhamdulillah, I'm having a smooth-sailing pregnancy. My bestfriend was having quite a tough one. Horrible terrible morning sickness with 7-8times of muntah2 a day, baring je the whole day, tak boleh makan ni makan tu.. My first trimester was errmm, okay2 je. I think everyone's first trimester ada je hal sikit2 kan. 

The first two weeks after dapat tahu I pregnant (at that time I was 4-6weeks pregnant), badan memang lembik semacam. TIDUR.IS.THE.BEST.THING.TO.DO. Best gila tidur je keje :p Morning sickness setakat sikit2 je. Takdelah mual tak tentu pasal, just tak boleh bau orang menumis macamtu.

I nikah 8/7/2012, dapat tahu pregnant dalam one week after raya dalam 28-29/8/2012. And I was 6weeks pregnant time my reception 8/9/2012 hihihi. Reception side husband I dah 8weeks pregnant. Alhamdulillah takda letih2 rasa nak pitam time receptions. Ligat je ada lah :p Nasib lah baby bump tak nampak lagi time both receptions.

About checkup, lepas dah buat home pregnancy test, husband excited nak confirmkan pregnancy. So kitorang pergi Mediviron je dekat dengan rumah. Dah check, memang positive. Lepastu beriya sangat suami nak tengok anak dia kan, kitorang pergi scan kat Klinik Wanita Metro, boleh check usia kandungan sekali. Klinik ni dekat SS15, Subang Jaya. Tapi dia ada hospital sendiri, Hospital Metro, dekat Klang. Hospital khas untuk wanita & IVF treatment. Klinik ni pun kitorang randomly pergi sebab dekat sangat dengan rumah. Satu row klinik ni ada jugak specialist gynae, Obgyn's clinic kot nama dia. Tapi for first visit around rm300, so kitorang pergi je Metro, murah sikit, rm130. First scan nampak a single black dot je & time tu dah week 4. Takdelah excited sangat scan time tu sebab nampak dot tu je kan. Next visit was supposed to be time week 8 tapi gynae kitorang holiday panjang. Tak suka tukar2 gynae so ingatkan tunggu jelah sampai gynae balik holiday, but knowing my husband yang selalu excited ni, kitorang pergi je jugak checkup dengan gynae lain tapi kat Metro jugak. Time tu dah week 12.

Week 12 punya scan excited lain macam. Sebab dah nampak fetus yang hampir sempurna. Dah lah time tu tengah active, menari-nari siap pusing-pusing. Jari-jari tangan semua pun dah nampak. Siap lari-lari lagi bila gynae nak ukur length semua. Tak boleh duduk diam betul anakku. Scan week 20 so far yang paling best sebab ada video! so boleh tengok banyak kali :) Week 20 I scan dekat PPUM.

Nah tengok betapa berjela-jelanya gambar ultrasound scan week 12 I.


My relatives and friends dengki sebab diorang dapat setakat satu-dua gambar je. I tak request pun nak gambar banyak tapi tengok2 dapat banyak macam ni. hehehe!Ada reason kenapa gambar ultrasound scan I berjela-jela. My pregnancy ni special case. Even my gynae & nurse pun terkejut time scan tu. Plan nak bersalin dekat DEMC, shah alam tapi sebab 'special case' I kena refer government hospital. As early as 4bulan I dah refer to PPUM. Nasiblah PPUM punya department wanita & kanak-kanak sekarang dah diupgrade macam private sebab same wing ada UMSC sekali. Private + goverment same wing,so I dapat layanan & facilities semua macam private. Alhamdulillah. Lagipun PPUM satu row je dengan matric UIA, tempat I mengajar. Alhamdulillah, Allah mudahkan lagi :)

Apalah yang special sangat case I ni kannn? Will share about it soon insyaAllah. Sekarang dah week 21. 21minggu 3hari, hehehe. Dah masuk 5 bulan. Tolong doa-doakan semuanya baik-baik je eyh untuk I. Perut pun dah mula memboyot walaupun comel lote je. Akak-akak ofis semua tegur kenapalah perut kecik sangat, halusss gittewww! Dah 5bulan tapi baru gain 3.5kg. Makan bukan main banyak tapi susah sikit nak naik. Masuk 3rd trimester nanti baru naik bagai dipam-pam kot.

Eyh macam panjang pulak bebelan hari ni.
DOAKAN I OKAY! Thanksssss!! Ameeen!

L.O.V.E

Saturday, November 3, 2012

Video nikah

Assalamualaikum :)
Terkejut tak dua hari berturut2 update blog? Biasanya 2 bulan sekali pun belum tentu. Haha.

Just a quick one! Nak share video nikah. Dah lama dah siap. Since July lagi but sekarang baru nak share.


Thank you Lensa In Motion! Puas hati :) Video receptions pun dah siap. Tapi bukan dengan Lensa In Motion, our OV for reception was Imtiaz Motion Arts. Nanti lah share video reception okay. Kasi tengok satu-satu dulu :)

L.O.V.E
NNAR

Friday, November 2, 2012

An announcement :)

Selamat hari raya Aidiladha!

Haha. Nak masuk awal Muharram & Deepavali baru nak wish Aidiladha yang dah habis??



 Dua manusia kesayangan yang kegedikan melebihi had maksima. Adik & suami :)

Suami yang belakang tu. Nampak lagi muda dari my only brother yang 5 tahun lg muda.haha.

 
Suami isteri for nearly 4months :) Still much in love. Alhamdulillah Allah tetapkan jodoh antara kami. He's the best!!

Sebenarnya bukan nak buat announcement raya dekat sini. TAPIIIII......


We're announcing that........ we're going to be mama & ayah soon! heeeee. Dah lama sorokkan dari public sebab takut apa2 jadi in early stage. cececewahhh! close friends & relatives je tahu. Alhamdulillah. Entering my 16th week. First trimester already ended so, insyaAllah, harap semua baik2 je. Doa2kan tau :) Dah 2 bulan tak berblog adalah disebabkan sibuk kerja, study, badan lembik2, mual dan juga, kemalasan sentiasa melanda :p Semoga Allah permudahkan semua urusan kami. Ameen.

ps: habislah blog ni nanti jadi blog baby2 pulak. padahal review wedding satu hape pun tak buat lagi. haha!

L.O.V.E
NNAR

Wednesday, August 29, 2012

Sudi-sudilah ke majlis resepsi saya 8/9/12

Hola!

Sebulan lebih menghilangkan diri. Konon busy lepas dah selamat nikah kan. Padanlah banyak blogger lepas kahwin jarang2 update blog, baru ku tahu perasaan muuuuuu :p Tapi walaupun dah lama gila tak update, traffic blog ni still boleh tahan jugak lah. alololooo, korang ni comel lah rajin datang jenguk2 sini. *peluk kuat2*

I ni nikah je dah nak masuk 8 minggu tapi majlis nya belum lagi. Dah jadi pengantin basi (yeayy??). Maka, dengan ini, pengantin dah basi ni nak jemput u olls datang majlis I. Sudi tak? Sudi tak? Seriously kalau free, silalah datang! lagi2 kalau rasa2 dekat tu, mai lah pakat datang ramai2. Nanti datang, tegur2 lah I. I ni peramah,penyayang,sopan santun,budi bahasa, comel molek orangnya HAHAHAHAHA. Itu memang masuk bakul angkat sendiri.

Tak sempat nak pos kad dekat sorang2, sudi-sudilah terima kad alam maya ini :)

Kita jumpa disana-sana-sanaaaaaaa! Datang jangan tak datang! :D

ps: kalau nanti datang tengok I tak berseri, harap faham. Orang dah lama nikah. Seri dah hilang :p

L.O.V.E
Pengantin dah basi

Saturday, July 21, 2012

Alhamdulillah. I dah selamat jadi isteri orang :)

Alhamdulillah

Sangat busy sampai tak sempat nak update apa2. Dah nak dekat 2 minggu jadi isteri orang. Perasaan? Sangat bersyukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas hubungan kasih sayang yang terjalin ni. Tak sempat nak update panjang2 on the nikah event, honeymoons semua. InsyaAllah nanti kay. Dah lah pergi 3 honeymoons. Memang panjang berjela la kan nak tulis reviews. hikhik.

Nah kasi sekeping gambar suami isteri :p


Nak tengok gambar lagi? tunggu next time k. hikhik.

ps: I suka gila my baju nikah. In fact, I suka gilaaaaa everything about my nikah. Alhamdulillah everything went well. Alhamdulillah :)

L.O.V.E

Monday, June 25, 2012

Countdown mode: ON!

Salam

Tinggal berapa hari je nak nikah tapi sebenarnya takdelah beriya sangat pun buat countdown. Sebab as usual, sibuk memanjang dengan benda selain hal-hal kahwin. Paling haru bila kena present final progress master 5hari sebelum nikah. Sekarang memang focus more on presentation. Banyak lagi data samples yang belum analyse. Rasa macam tak sempat je tapi insyaAllah boleh kot. Kena yakin dengan diri sendiri sekarang ni. Tu nasib baik presentation 5hari sebelum kahwin. Cuba bayangkan 5hari selepas kahwin. Entah hilang ke mana tah. haha.

Dah sebulan lebih tak update blog. Rindu. Bloghopping pun tak sempat. Alhamdulillah, Encek Tunang dah balik Malaysia for good. Baru je balik 2weeks. Dalam 2weeks ni lah kitorang sibuk gila settlekan HIV & thallasaemia tests, borang nikah semua, beli hantaran, fitting dress, etc... 2 minggu yang rasa macam masa tak cukup. Tapi alhamdulillah benda untuk nikah semua dah nak settle. Untuk reception haruslah banyak gilaaaa lagi tak settle. Nasib baik reception 2bulan lepas nikah. Boleh buli bakal suami (time tu nanti suami dah haha) untuk buat macam2.

Post harini macam sesi meluahkan isi hati je. Ini adalah akibat tengah buat slide untuk presentation tapi ilham tak berapa nak datang. haha.

Ni ha calendar June. Tak pernah calendar I sepenuh ini -_-"

OH JUNE!! Y U NO TREAT ME NICELY?? LE ME IS TIRED. LUCKILY IT'S 25TH OF JUNE ALREADY!

okbyejumpalagi. nak kena sambung memberi ilham kepada diri sendiri untuk menyiapkan presentation. Lagi seminggu hoi nak present! Kalau tak masuk CGPA takpe jugak. INI MASUK CGPA HOI! *rotan diri sendiri*

L.O.V.E

Saturday, May 19, 2012

Wedding checklist - 50days to go!

Salam :)

Hye! Sebenarnya nak buat checklist untuk nikah je. For those yang taktau, I nikah awal 2bulan dari reception. Preparation untuk reception setakat siap bayar hall, caterer & decorator. Yang lain apa pun tak buat lagi haha.

Solemnization
Date : 8th July 2012 - confirmed
Time: 11am - confirmed
Venue: Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya - confirmed

Tok kadi: Ustaz Imran
Wali & jurunikah: Abah - confirmed
Saksi: Uncle Razak & Pak Ngah - confirmed


Borang nikah- tunggu Encek Tunang balik Malaysia next month. Harap2 sempat
HIV test - tunggu Encek Tunang juga. Bulan depan la jawabnya
Kursus kahwin - done!

Caterer: De' Gemilang - confirmed
Menu: to be discussed. most probably lauk2 kampung. nyumm!

Videographer: Platopirates pictures - confirmed
Photographer: Blindgraphique blindshooter - confirmed


Hantaran:
1. Cincin
2. Shirts  - already bought
3. Baju melayu for reception (tak hantar kat tailor lagi haha!)
4. Kasut - already bought
5. Stethoscope (encek tunang beli nanti kat Ireland)
6. Perfume set -already bought
7. Chocs/buah

Attires:
bride's - offwhite kurung modern
groom's - offwhite baju melayu with silver sampin - settled
bride's family - yellow+green
bride's bff - light pink

Others:
Door gifts: already bought tapi belum decorate
Bantal nikah: sewa Zattera
PA system: done


Mak aihhh. banyak jugak lagi tak siap. Sempat ke nak settle lagi 50 hari ni? dahlah kena present final result research master end of june. U can do it Nadiah!

Thursday, May 17, 2012

Before, during & after bestfriend's solemnization

Salam

Hello pretties :) Sebenarnya tengah writing thesis Chapter 3 ni, boleh pulak break kejap and update blog kan :p Haritu dah janji nak cover story bestfriend kahwin. Cover story?!! Ececehh, reporter gitewww. I macam dah jadi anak angkat dah bila spent 4days & 4nights with the family. The first 2 nights tidur dekat rumah bestfriend dekat Bukit Tunku, KL. The next 2nights dekat Hotel Istana sebab reception 2 nights in a row for VIPs, close families and close friends. And the 3rd reception dekat rumah Bukit Tunku to celebrate with kawan2 sekolah, uni, etc.. buat the following weekend. 3 receptionssss? Haha,yup! Tu reception side perempuan je tu. I pun penat gila lembik tak cukup tidur semua. Demimu Izzati Syahirah :D

Izzati nikah Jumaat malam. I amik cuti Jumaat tu. Semangat tak? Semangat tak? Haha. After kerja Khamis tu, I balik rumah Subang, mandi2, packing2 baju untuk berhari2, pastu gerak terus Bukit Tunku after Isya'. Sampai2 je haruslah banyak benda nak kena buat kan.

 Decorating the door gift

Her last nite as a bachelor :')

Muka terpaksa? :p


Pasang pelamin in action


1/3 of the door gifts yg dah tampal segala bunga-reben

Izzati's mum still sibuk sorting out the guest list for receptions

Then we went to the designer's house to check out the reception dress. Haha! Dress still tak siap walaupun lusanya nak pakai. On the way to baru teringat nak kena beli telur untuk bunga telur. At 11pm!! Ni memang insiden paling kelakar cari telur tengah2 malam. Dah settle hal telur & dress, we went back home and I slept at 1.30am. Izzati still settlekan guest list. She came to the room around 3am. So funny that we thought we both slept well that night padahal masing2 tak tidur. I sakit gigi tiba2 so tak boleh tidur langsung. I guess Izzati tak tidur sebab nervous kahwin? haha. After settle subuh, we wrapped ourselves in the comforter and talk and talk and talk. Excited&sedih my bestfriend nak kahwin dah lagi beberapa jam. And I jumped off the bed, pegi dekat langsir, sambil bukak langsir I jerit "It's THE DAY!" and joget2 sikit :')

Malangnya, my sakit gigi teruk gila. After breakfast & tolong2 sikit, I went back to Subang and pegi dentist. Dentist suruh cabut gigi sebab gigi tu sebenarnya takde fungsi & takde space pun nak tumbuh habis. Minor surgery on the gum! grrr.. Dalam banyak2 hari kannnnnn! Balik dentist terus tidur 2jam & pegi Bukit Tunku balik. Pakaikan inai dekat pengantin & mandi2 siap2 for the night :)

 As usual, jadi mak andam aka personal stylist :p





 Encik suami Izzati, Fakhrul Hakim


Ayah pengantin perempuan

Sila focus pada pengapit yg comel tu k. HAHAHA! 

 Pengapit in action! :p



Sisters :)

Alololoooo

Crazinessss!


Semua excited tgk album tunang

With namie :)

Tolong pakaikan inai dekat adik Izzati pulak sebab Izzati and adik dia Athirah reception serentak, so baru kalut nak pakai inai untuk esok.

Cantiknya colourrrrr semuaaaaa



Tu sebesar2 gambar I dalam album tunang dia. Kan I personal stylist dia. haha. Kalau ada sesiapa nak I jadi personal stylist, sila contact manager I iaitu Nadiah Rashid. Eyh, macam familiar? :p


Alamak, terlama pulak update blog ni kan. Kalau writing thesis, baru 10-20minit dah tak senang duduk. Kalau update blog, setengah jam pun rasa macam 5minit. Oppss! Okbye, kena sambung thesis!

Sayang korang!

Saturday, May 5, 2012

Bestfriend's wedding

To my bestfriend,

IZZATI SYAHIRAH AHMAD FUAD















I love you. And we will still remain as bestfriends eventhough u'r married now. I guess I need to add a new bestfriend which is your husband Fakhrul Hakim :p I love you baby :')

I'm glad that I was there for you for 4 days and 4 nights for the wedding. 4 nights tak balik rumah sendiri haha. Glad that we shared the same bed on your last night as a bachelor. Glad that I was there when you officially became a wife to a ever so funny guy. The jokes, sad times and kalut-ness during the wedding will be our memories together :) in 10-20years time, we can look back to these and laugh together.

ps: details on the wedding will be blogged soon, insyaAllah :)

L.O.V.E