Wednesday, August 29, 2012

Sudi-sudilah ke majlis resepsi saya 8/9/12

Hola!

Sebulan lebih menghilangkan diri. Konon busy lepas dah selamat nikah kan. Padanlah banyak blogger lepas kahwin jarang2 update blog, baru ku tahu perasaan muuuuuu :p Tapi walaupun dah lama gila tak update, traffic blog ni still boleh tahan jugak lah. alololooo, korang ni comel lah rajin datang jenguk2 sini. *peluk kuat2*

I ni nikah je dah nak masuk 8 minggu tapi majlis nya belum lagi. Dah jadi pengantin basi (yeayy??). Maka, dengan ini, pengantin dah basi ni nak jemput u olls datang majlis I. Sudi tak? Sudi tak? Seriously kalau free, silalah datang! lagi2 kalau rasa2 dekat tu, mai lah pakat datang ramai2. Nanti datang, tegur2 lah I. I ni peramah,penyayang,sopan santun,budi bahasa, comel molek orangnya HAHAHAHAHA. Itu memang masuk bakul angkat sendiri.

Tak sempat nak pos kad dekat sorang2, sudi-sudilah terima kad alam maya ini :)

Kita jumpa disana-sana-sanaaaaaaa! Datang jangan tak datang! :D

ps: kalau nanti datang tengok I tak berseri, harap faham. Orang dah lama nikah. Seri dah hilang :p

L.O.V.E
Pengantin dah basi