Saturday, December 15, 2012

Being pregnant is fun :)

Salam.

After more than a month announcing about the little bump, I've gone through a lot. A LOTTT! Being pregnant is awesome! Well at least mine is! :) Alhamdulillah, I'm having a smooth-sailing pregnancy. My bestfriend was having quite a tough one. Horrible terrible morning sickness with 7-8times of muntah2 a day, baring je the whole day, tak boleh makan ni makan tu.. My first trimester was errmm, okay2 je. I think everyone's first trimester ada je hal sikit2 kan. 

The first two weeks after dapat tahu I pregnant (at that time I was 4-6weeks pregnant), badan memang lembik semacam. TIDUR.IS.THE.BEST.THING.TO.DO. Best gila tidur je keje :p Morning sickness setakat sikit2 je. Takdelah mual tak tentu pasal, just tak boleh bau orang menumis macamtu.

I nikah 8/7/2012, dapat tahu pregnant dalam one week after raya dalam 28-29/8/2012. And I was 6weeks pregnant time my reception 8/9/2012 hihihi. Reception side husband I dah 8weeks pregnant. Alhamdulillah takda letih2 rasa nak pitam time receptions. Ligat je ada lah :p Nasib lah baby bump tak nampak lagi time both receptions.

About checkup, lepas dah buat home pregnancy test, husband excited nak confirmkan pregnancy. So kitorang pergi Mediviron je dekat dengan rumah. Dah check, memang positive. Lepastu beriya sangat suami nak tengok anak dia kan, kitorang pergi scan kat Klinik Wanita Metro, boleh check usia kandungan sekali. Klinik ni dekat SS15, Subang Jaya. Tapi dia ada hospital sendiri, Hospital Metro, dekat Klang. Hospital khas untuk wanita & IVF treatment. Klinik ni pun kitorang randomly pergi sebab dekat sangat dengan rumah. Satu row klinik ni ada jugak specialist gynae, Obgyn's clinic kot nama dia. Tapi for first visit around rm300, so kitorang pergi je Metro, murah sikit, rm130. First scan nampak a single black dot je & time tu dah week 4. Takdelah excited sangat scan time tu sebab nampak dot tu je kan. Next visit was supposed to be time week 8 tapi gynae kitorang holiday panjang. Tak suka tukar2 gynae so ingatkan tunggu jelah sampai gynae balik holiday, but knowing my husband yang selalu excited ni, kitorang pergi je jugak checkup dengan gynae lain tapi kat Metro jugak. Time tu dah week 12.

Week 12 punya scan excited lain macam. Sebab dah nampak fetus yang hampir sempurna. Dah lah time tu tengah active, menari-nari siap pusing-pusing. Jari-jari tangan semua pun dah nampak. Siap lari-lari lagi bila gynae nak ukur length semua. Tak boleh duduk diam betul anakku. Scan week 20 so far yang paling best sebab ada video! so boleh tengok banyak kali :) Week 20 I scan dekat PPUM.

Nah tengok betapa berjela-jelanya gambar ultrasound scan week 12 I.


My relatives and friends dengki sebab diorang dapat setakat satu-dua gambar je. I tak request pun nak gambar banyak tapi tengok2 dapat banyak macam ni. hehehe!Ada reason kenapa gambar ultrasound scan I berjela-jela. My pregnancy ni special case. Even my gynae & nurse pun terkejut time scan tu. Plan nak bersalin dekat DEMC, shah alam tapi sebab 'special case' I kena refer government hospital. As early as 4bulan I dah refer to PPUM. Nasiblah PPUM punya department wanita & kanak-kanak sekarang dah diupgrade macam private sebab same wing ada UMSC sekali. Private + goverment same wing,so I dapat layanan & facilities semua macam private. Alhamdulillah. Lagipun PPUM satu row je dengan matric UIA, tempat I mengajar. Alhamdulillah, Allah mudahkan lagi :)

Apalah yang special sangat case I ni kannn? Will share about it soon insyaAllah. Sekarang dah week 21. 21minggu 3hari, hehehe. Dah masuk 5 bulan. Tolong doa-doakan semuanya baik-baik je eyh untuk I. Perut pun dah mula memboyot walaupun comel lote je. Akak-akak ofis semua tegur kenapalah perut kecik sangat, halusss gittewww! Dah 5bulan tapi baru gain 3.5kg. Makan bukan main banyak tapi susah sikit nak naik. Masuk 3rd trimester nanti baru naik bagai dipam-pam kot.

Eyh macam panjang pulak bebelan hari ni.
DOAKAN I OKAY! Thanksssss!! Ameeen!

L.O.V.E

No comments:

Post a Comment