Tuesday, August 13, 2013

Pengalaman mengandung kembar

Assalamualaikum

Wahwahwah. Aiman&Adam Fan Club dah makin berkembang dah. Ramainya lahai peminat2 anak kembar I sekarang. I tetap peminat nombor satu okay!

Alhamdulillah. Ada jugak masa nak share pengalaman mengandung kembar. I dah lama tahu yang I pregnant twins tapi I sengaja tak share dekat blog sebab I nak make sure anak-anak I lahir dengan selamat dan sihat walafiat sebelum I announce to the world.

Hmm.. kat mana I nak start eyh..

Ramai orang tanya I & suami ada keturunan kembar ke? As far as we know, both sides takda gene kembar. Kiranya ni memang rezeki & miracle Allah bagi. Alhamdulillah :) I nikah 8 Julai 2012. I sempat period once before I tahu I pregnant. Kiranya puasa tahun lepas tak penuh pun. hihi.. Time raya I dah rasa lain macam tapi taknak check awal-awal sebab takut kecewa. First sign, breasts rasa sakit yang amat. Tapi still taknak check. Time tu dah delay dah pun period. After 2weeks delay macamtu baru check guna UPT je. Terus clear nampak 2 line. Ya Allah, gembira yang teramat. Suami tunggu je depan bilik air. Bila bagitahu suami je, terus dia peluk I kuat-kuat and sujud syukur, menitis air mata kesyukuran (tetiba berair mata I teringat time ni). Esoknya pergi clinic to confirmkan pregnancy. Dah confirm tu kitorang diamkan je sampai lah family gathering (my family + husband's). Senang announce sekali je, biar adil bagitau serentak.

Our receptions were on 8th and 23rd september 2012. Kiranya time reception, I dah pregnant 6 and 8 weeks respectively. Tapi kitorang tak announcekan kat sesiapa. Alhamdulillah I sihat walafiat sepanjang pregnancy ni. First trimester setakat mual2 sikit tak tahan bau tumis. And kadang-kadang penat time mengajar. Biasa lewww, mengajar matrik UIA, sekali kelas 2jam kau! Lagi seronok jadi cikgu sekolah youuu.

Macamana tahu kembar? Yang part ni I selalu gelak sorang2 kalau teringat balik. 1st scan dulu I buat dengan specialist kat SS15, Subang Jaya. Time tu baru week 4. Gambar scan tu I bawak balik and tunjuk kat family. Alaaaa, gambar tu kat rumah, tak boleh letak sini pulak. Week 4, haruslah nampak 1 dot je kan. Tak nampak apa pun. Kalau Dr tak cakap tu baby, takkan boleh cam pun. haha. Suami yang doktor ni pun macam cam tak cam je. Tunjuk kat adik yg student medic, main teka teki. Dia tunjuk kat dot tu, pastu cakap, "eh! ada dua dot ni. kembar! kembar!". Hoi! siapa yang budak medic ni. Sah-sah satu lagi dot tu kat luar rahim. HAHAHA! Pastu adik yg gedik ni pun suruh I makan pisang kembar, nnt boleh dapat anak kembar. adoiiii  T____T By week 7 macamtu, mama I beli meja makan baru. Besaaarrr yang amat. Penuh hoi dining hall. I time tu baru balik kerja nampak meja tu terus cakap "Ini boleh anak kembar lima ni.. Susun lima2 atas meja time nak mandi".

Week 8, I dah mula rasa resah gelisah, seram sejuk. Tetiba naluri ni perasan sendiri macam kembar. Terus google 'Signs of twin pregnancy'.. Mak aihhh, melampau2 sign nyeee. Muntah melampau2 sampai lembik lah. Pitam2 lah. Kena baring jelah. Badan sakit2 tak terkata. Okayyyyy, I takda langsung tanda-tanda ni semua. Dalam beratus-ratus I baca pengalaman ibu-ibu mengandung kembar, ada lah 2-3 yang cakap, apa-apa pun, instinct si ibu adalah sign/symptom paling kuat. I punya instinct kuat gila! Suami tak puas hati, suruh pergi check terus. Masalahnya, specialist kitorang pergi holiday sebulan. I malas nak tukar-tukar doctor. At last, week 12 pergi scan. Tapi time pergi tu suami dah cakap, "Allah akan bagi kita anak kembar kalau kita mampu. Allah tahu kemampuan kita". Pergi tu dah set dalam mind yg ni untuk checkup, jangan terlalu mengharap.

Time scan, I nampak baby I (seorang je) yang dah sempurna. Siap nampak jari-jemari lagi. Siap joget-joget lagi. Comelnya ya Allah. Doctor cakap dah boleh measure thickness of fluid kat backbone untuk tahu baby down syndrome ke tak. Time nak ukur thickness tu, baby I tak boleh duduk diam, berjoget je keje.Doctor pun terpaksa godek-godek perut I nak kejar anak I yang tak reti duduk diam ni ha. Pastu doc cakap "I can see a reflection here. I think it is caused by the machine.". Godek-godek lagi sampai ada nampak macam dua benda bulat (kepala sebenarnya), "oh wait! wait! I think I see another baby. Oh my God, i need to confirm this.". Terus suami senyum sampai ke telinga, I mata berair sikit. Bersyukur. Gynae tu pun confirm yang I pregnant twins tapi esok tu datang lagi untuk check dgn sonographer untuk tahu details. Esok tu I pergi lagi, sonographer bagitahu yang I pregnant twins, satu placenta. MCDA, monochorionic diamniotic. Satu placenta, dua sac (kantung). Alhamdulillah, maknanya anak2 I dah terpisah dengan sempurna.

The fun part bila kitorang sorokkan about the twin pregnancy dari semua orang. Selalu orang cakap perut I kecik sangat macam lambat lagi bersalin padahal kat dalam ada dua org. Selalu orang teka anak I perempuan sebab melebar, padahal melebar sebab ada dua baby side by side. Bila orang tanya nak hadiah untuk baby apa, I akan jawab bagilah hadiah lepas bersalin, kononnya nanti boleh 100% confirn jantina apa, padahal nak hadiah serba dua sebab baby dua. Ada bestfriend I dah siap2 beli toy, tengok2 I bersalin keluar dua baby, terus dia kena beli benda lain lagi hahaha.

Dalam pada I bersenang-senang tanpa ujian, Allah turunkan jugak ujian time pregnant. Time tu I baru masuk 7bulan, tiba-tiba sakit perut sangat2. Dari bawah dada sampai ke pangkal rahim. Mula2 ingat salah makan etc, tapi sakit tu berlarutan 6jam tanpa henti. Suami dah risau. I pulak buat-buat pekak bila suami cakap pergi hospital. Dalam buat pekak, suami pack kan bag hospital. Takut-takut kalau beranak anytime. I pergi lah jugak masuk PPUM, kena tahan kat HDU. Dari pukul 6pm smpai 1pagi, doctor tak habis2 buat test. Tapi tak tahu jugak kenapa I sakit2, yg pasti belum nak bersalin. I kena tahan wad 3 hari. Doctor bagi I surat untuk bagi kat UIA, suruh I buat desk duties only. So yeay! I dah tak payah mengajar start pregnant 7 bulan tu. I ulang alik UIA goyang kaki je. Ada lah set up quiz tutorial semua tapi takde banyak kerja.


Rasa macam panjang sangat pulak. nanti I share cerita pasal late pregnancy & pengalaman bersalin la k.






7 bulan :)


sehari sebelum masuk hospital untuk bersalin hihi


L.O.V.E
NNAR

Monday, June 24, 2013

My twins. Latest pics.

Assalamualaikum.

I ni sibuk memanjang je layan anak bujang I dua orang tu. amboihhh baru kejap dah jadi anak bujang. Aiman Yusuf & Adam Mikail dah 2 bulan setengah. Cepatnya lahai masa berlalu. Next month dah kena start kerja. Uwaaaaa! Malas nak cakap banyak.. Gambar2 jelah eh I letak.



















Thursday, April 18, 2013

Si kembar: Cinta hati mama

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Anak kembar I dah masuk hari ke 16 harini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Allah bagi kekuatan & kesihatan untuk jaga Aiman Yusuf & Adam Mikail walaupun dugaan & cabaran tu hebat. Nak jaga seorang baby baru lahir pun susah, apatah lagi dua..

Nak bercerita pengalaman bersalin tapi belum ada masa untuk duduk dan taip satu2. Aiman & Adam lagi memerlukan masa mama diorang :') apa2 pun, ikut tarikh, si kembar belum lahir lagi. Lahir 3minggu awal, through operation..

Nanti ada masa, I cerita pengalaman i dalam operation theater k sebab i mmg celik, so i tahu apa yg berlaku hihihi









Sunday, April 14, 2013

Meet my twin boys :)

Assalamualaikum uncle2 aunty2 :D

Nama kita Aiman Yusuf & Adam Mikail.. Harini kita dah 12hari. Mama kita owner blog ni. Kita2 saja nak buat kemunculan khas kat blog mama kita :)



Tuesday, March 26, 2013

Nak kahwin lagi!

Assalamualaikum..

Amboih, title nak mintak penampor je kan.

Rindu our wedding receptions. Rindu! Rasa nak organize wedding sendiri lagi. It was worth it to plan your own wedding. Memang penat tapi IT WAS WORTH IT. Rinduuuu! Lepasni plan majlis cukur jambul anak jelah. Dah boleh start plan yeay!! I dah nak meletup dah ni next month :D



ps: Doakan keselamatan, kesihatan, keberkatan & proses bersalin yang lancar untuk I k. My next post maybe I tempek muka anak I ke. hiks.

Sunday, March 17, 2013

My bundle of joy is coming... Soooon!

Assalamualaikum

As of today, i'm 34weeks and 4days pregnant. EDD is 24th april but due to some risks that i cant avoid, my bundle of joy will be delivered earlier. Nanti i dah bersalin, i bagitau k :)

Bag hospital dah siap! Baju baby dah basuh! Baby cot dah pasang! Nama baby dah ada! Ishhh, excited betul. Tunggu baby nak keluar je ni. Tapi kadang2 terfikir, macamana i nak handle macam2 sebab encik suami sentiasa sibuk. Nak buat macamana, dah kahwin dgn doctor, kenalah terima. Kalau kahwin dgn MO okay lg kot, tapi encik suami still houseman, so sentiasa busy & dibuli lah kan.. Takpe2, Allah Maha Berkuasa lg Maha Pengasih. InsyaAllah I'll get through everything smoothly, ameen.

Nah gambar si tembambambam yg bakal meletup soon.. Sempat lagi bersuka ria bersama besprengsss! Doakan yg terbaik untuk I k :)






Thursday, February 21, 2013

Gained 10kilos!! Jyeahhh!

Assalamualaikum dari ibu mengandung yg membesar dgn sihat ni :p

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk teruskan pregnancy ni. Warded @ PPUM for 3 days tu I anggap satu ujian dari Allah. Sebab dari awal pregnancy, semua smooth alhamdulillah. Mungkin kali ni lah ujian untuk I. Nasib anak I belum nak keluar lagi. Skrg dah 31weeks tp biarlah cukup bulan & sihat walafiat baru keluar tengok dunia. Hehe :)

Taknak cakap banyak. Nah! Kasi tunjuk sikit gambar org yg membesar bagai juara ni!


Monday, February 11, 2013

Warded

Assalamualaikum..

I sekarang dekat pre-natal ward, PPUM. 29weeks & 5days. Still early to give birth. I was admitted since yesterday. Yesterday dekat HDU, high dependency unit.. 1am baru tukar ke pre-natal ward. Specialist still nak tahan i at least sampai esok if everything's okay.

Doa-doakan i k.

Ps: blog thru phone je. Again.




Friday, February 8, 2013

Ardila's solemnization & mini reception

Salam! 1st post woahhh for year 2013.. So what's new? Yang i tahu, i ni makin sarat hahaha.. Dah 29weeks plus.. Going to be 7months pregnant soon. So far alhamdulillah, semua okay.. Bersyukur sgt ada suami yg sgt memahami, sgt byk tolong2, berkorban etc.. YOU'RE THE BEST SAYANG!! :)

Last nite pegi nikah bestie. Nikah after isyak then terus dinner dekat Kelantan Delights.. Cantiknyaaaa decoration kat situuuu. It was a small dinner/reception with only family & close friends.. But couldnt stay long sebab incik suami kan pegi keje 5.45am. He needs his beauty sleep haha.

Tengok jelah gambar2 yg tak seberapa ni ye.. Blogging ni pun through phone je. Tak bawak laptop pegi office.. Orang mengandung ni mmg malas nak angkat barang berat2 hihihihi