Tuesday, August 13, 2013

Pengalaman mengandung kembar

Assalamualaikum

Wahwahwah. Aiman&Adam Fan Club dah makin berkembang dah. Ramainya lahai peminat2 anak kembar I sekarang. I tetap peminat nombor satu okay!

Alhamdulillah. Ada jugak masa nak share pengalaman mengandung kembar. I dah lama tahu yang I pregnant twins tapi I sengaja tak share dekat blog sebab I nak make sure anak-anak I lahir dengan selamat dan sihat walafiat sebelum I announce to the world.

Hmm.. kat mana I nak start eyh..

Ramai orang tanya I & suami ada keturunan kembar ke? As far as we know, both sides takda gene kembar. Kiranya ni memang rezeki & miracle Allah bagi. Alhamdulillah :) I nikah 8 Julai 2012. I sempat period once before I tahu I pregnant. Kiranya puasa tahun lepas tak penuh pun. hihi.. Time raya I dah rasa lain macam tapi taknak check awal-awal sebab takut kecewa. First sign, breasts rasa sakit yang amat. Tapi still taknak check. Time tu dah delay dah pun period. After 2weeks delay macamtu baru check guna UPT je. Terus clear nampak 2 line. Ya Allah, gembira yang teramat. Suami tunggu je depan bilik air. Bila bagitahu suami je, terus dia peluk I kuat-kuat and sujud syukur, menitis air mata kesyukuran (tetiba berair mata I teringat time ni). Esoknya pergi clinic to confirmkan pregnancy. Dah confirm tu kitorang diamkan je sampai lah family gathering (my family + husband's). Senang announce sekali je, biar adil bagitau serentak.

Our receptions were on 8th and 23rd september 2012. Kiranya time reception, I dah pregnant 6 and 8 weeks respectively. Tapi kitorang tak announcekan kat sesiapa. Alhamdulillah I sihat walafiat sepanjang pregnancy ni. First trimester setakat mual2 sikit tak tahan bau tumis. And kadang-kadang penat time mengajar. Biasa lewww, mengajar matrik UIA, sekali kelas 2jam kau! Lagi seronok jadi cikgu sekolah youuu.

Macamana tahu kembar? Yang part ni I selalu gelak sorang2 kalau teringat balik. 1st scan dulu I buat dengan specialist kat SS15, Subang Jaya. Time tu baru week 4. Gambar scan tu I bawak balik and tunjuk kat family. Alaaaa, gambar tu kat rumah, tak boleh letak sini pulak. Week 4, haruslah nampak 1 dot je kan. Tak nampak apa pun. Kalau Dr tak cakap tu baby, takkan boleh cam pun. haha. Suami yang doktor ni pun macam cam tak cam je. Tunjuk kat adik yg student medic, main teka teki. Dia tunjuk kat dot tu, pastu cakap, "eh! ada dua dot ni. kembar! kembar!". Hoi! siapa yang budak medic ni. Sah-sah satu lagi dot tu kat luar rahim. HAHAHA! Pastu adik yg gedik ni pun suruh I makan pisang kembar, nnt boleh dapat anak kembar. adoiiii  T____T By week 7 macamtu, mama I beli meja makan baru. Besaaarrr yang amat. Penuh hoi dining hall. I time tu baru balik kerja nampak meja tu terus cakap "Ini boleh anak kembar lima ni.. Susun lima2 atas meja time nak mandi".

Week 8, I dah mula rasa resah gelisah, seram sejuk. Tetiba naluri ni perasan sendiri macam kembar. Terus google 'Signs of twin pregnancy'.. Mak aihhh, melampau2 sign nyeee. Muntah melampau2 sampai lembik lah. Pitam2 lah. Kena baring jelah. Badan sakit2 tak terkata. Okayyyyy, I takda langsung tanda-tanda ni semua. Dalam beratus-ratus I baca pengalaman ibu-ibu mengandung kembar, ada lah 2-3 yang cakap, apa-apa pun, instinct si ibu adalah sign/symptom paling kuat. I punya instinct kuat gila! Suami tak puas hati, suruh pergi check terus. Masalahnya, specialist kitorang pergi holiday sebulan. I malas nak tukar-tukar doctor. At last, week 12 pergi scan. Tapi time pergi tu suami dah cakap, "Allah akan bagi kita anak kembar kalau kita mampu. Allah tahu kemampuan kita". Pergi tu dah set dalam mind yg ni untuk checkup, jangan terlalu mengharap.

Time scan, I nampak baby I (seorang je) yang dah sempurna. Siap nampak jari-jemari lagi. Siap joget-joget lagi. Comelnya ya Allah. Doctor cakap dah boleh measure thickness of fluid kat backbone untuk tahu baby down syndrome ke tak. Time nak ukur thickness tu, baby I tak boleh duduk diam, berjoget je keje.Doctor pun terpaksa godek-godek perut I nak kejar anak I yang tak reti duduk diam ni ha. Pastu doc cakap "I can see a reflection here. I think it is caused by the machine.". Godek-godek lagi sampai ada nampak macam dua benda bulat (kepala sebenarnya), "oh wait! wait! I think I see another baby. Oh my God, i need to confirm this.". Terus suami senyum sampai ke telinga, I mata berair sikit. Bersyukur. Gynae tu pun confirm yang I pregnant twins tapi esok tu datang lagi untuk check dgn sonographer untuk tahu details. Esok tu I pergi lagi, sonographer bagitahu yang I pregnant twins, satu placenta. MCDA, monochorionic diamniotic. Satu placenta, dua sac (kantung). Alhamdulillah, maknanya anak2 I dah terpisah dengan sempurna.

The fun part bila kitorang sorokkan about the twin pregnancy dari semua orang. Selalu orang cakap perut I kecik sangat macam lambat lagi bersalin padahal kat dalam ada dua org. Selalu orang teka anak I perempuan sebab melebar, padahal melebar sebab ada dua baby side by side. Bila orang tanya nak hadiah untuk baby apa, I akan jawab bagilah hadiah lepas bersalin, kononnya nanti boleh 100% confirn jantina apa, padahal nak hadiah serba dua sebab baby dua. Ada bestfriend I dah siap2 beli toy, tengok2 I bersalin keluar dua baby, terus dia kena beli benda lain lagi hahaha.

Dalam pada I bersenang-senang tanpa ujian, Allah turunkan jugak ujian time pregnant. Time tu I baru masuk 7bulan, tiba-tiba sakit perut sangat2. Dari bawah dada sampai ke pangkal rahim. Mula2 ingat salah makan etc, tapi sakit tu berlarutan 6jam tanpa henti. Suami dah risau. I pulak buat-buat pekak bila suami cakap pergi hospital. Dalam buat pekak, suami pack kan bag hospital. Takut-takut kalau beranak anytime. I pergi lah jugak masuk PPUM, kena tahan kat HDU. Dari pukul 6pm smpai 1pagi, doctor tak habis2 buat test. Tapi tak tahu jugak kenapa I sakit2, yg pasti belum nak bersalin. I kena tahan wad 3 hari. Doctor bagi I surat untuk bagi kat UIA, suruh I buat desk duties only. So yeay! I dah tak payah mengajar start pregnant 7 bulan tu. I ulang alik UIA goyang kaki je. Ada lah set up quiz tutorial semua tapi takde banyak kerja.


Rasa macam panjang sangat pulak. nanti I share cerita pasal late pregnancy & pengalaman bersalin la k.






7 bulan :)


sehari sebelum masuk hospital untuk bersalin hihi


L.O.V.E
NNAR