Wednesday, February 5, 2014

Pengalaman mengandung kembar: Part 2!

Assalamualaikum

Ya Allah, lamanya tak update blog. Si kembar dah berlari dah. Dah boleh masuk charity run 10km dah pun. hehe. Auta je tu. Si kembar sekarang 10 bulan. Dah pandai berdiri sambil pegang benda. Kalau duduk dalam playpen, tatau lah berapa kali diorang tawaf sambil ketuk-ketuk kepala each other. Boyssss, biasalah, GANAS! Mama diorang dah biasa dah asyik kena lepuk.

Harini nak share gambar scan masa pregnant week 12. Masa ni lah baru dapat tahu pasal pregnant kembar.

HA AMEK KAU! Punyalah banyak gambar scan Dr bagi time ni. Yg scan sebelum tu dapat sekeping je hoi. Ni melampau2 banyaknya.

 Kalau tengok betul2 kat gambar ni, boleh nampak ada label 'A' and 'B'. Ni sebenarnya kepala dua2 si kembar. Jarang boleh dapat dua2 sekali dalam satu shot. Kalau nak tgk gambar dua2 full body serentak kat screen mmg agak mustahil.


 Yang gambar ni boleh nampak full side view twin 1 dgn kepala si twin 2.


Yang ni full side view twin 2.

I paling menyesal tak buat 3D or 4D scan. Sayang je tak buat. Peluang mengandung kembar ni bukan selalu. Tapi takpelah, benda dah lepas. Tunggu next anak, mana tahu kembar lagi. Opss! larat kewwww nak beranak kembar lagi? Okay sekarang nak sambung cerita bila masuk 3rd trimester. Takda banyak benda sangat nak share sebab alhamdulillah pregnancy I takda masalah. Alhamdulillah sangat. Cuma bila scan week 30, Dr dah risau sebab size anak I still kecik & tak cukup berat. Maka, terus I decide untuk minum anmum. Before that tak minum anmum sebab my sister yg kerja doctor kat klinik ibu & anak tu tak galakkan I minum anmum takut anak terlebih besar. Lagipun pengalaman dia handle orang2 bersalin kat hospital serdang dulu, banyak sangat baby terlebih besar, mostly gara-gara minum anmum. 

Lepas minum anmum for 2 weeks, terus berat anak-anak I naik mendadak masa scan week 32. Position babies time week 30, sorang kepala dah ke bawah, lagi sorang songsang. Ada harapan nak bersalin normal. Tapi bila scan week 32, tengok2 dua2 songsang (kepala kat atas). Dr masa tu dah cakap dah yang I berkemungkinan kena c-sect, tp dia kata takpe dulu, nanti check balik masa week 34. Masa I scan week 34, both positions still breech. Bila consult dengan Dr, Dr tak bagi kata dua pun. Dr terus suruh c-sect. Suami mmg sebelum Dr cakap apa2, dia dah decide untuk I c-sect. Time tu jugak Dr set date untuk I operation masa week 36. Sebab masa week 34 tu, anak-anak I dah boleh nak bergerak dalam perut. Perut I dah tal boleh nak membesar. So Dr takut nanti pape jadi kat anak I. Tapi I merayu punya merayu untuk lambatkan date c-sect tu. Bukan sebab takut nak kena potong tapi sebab I nak paru-paru anak2 I betul2 matang. Biar diorang dilahirkan lebih sempurna. Merayu punya merayu, lepas discuss dgn Dr & specialist, diorang kasi I tangguh sampai week 37. Alhamdulillah.

Genap week 37, maka lahirlah dua orang khalifah, hamba Allah pada 3/4/2013. Alhamdulillah. Dilahirkan dengan berat badan 2.23 kg (Aiman) & 2.20 kg (Adam). Penangan anmum betul! Nasib baik bukan bawah 2 kg, klau tak kenalah duduk dalam incubator.

The very first picture lepas keluar dari perut mama. Belum mandi pun lagi.





 Abaikan I yang super tembam time ni. Gained 16kg hoi!! hoi! hoi!



Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Allah Maha Besar. I bersyukur sangat dengan apa yang I ada sekarang. Terima kasih buat semua yang doakan I and anak2. Ameen. Allah je yg dapat membalas jasa baik semua. Walaupun I dah lama tak update blog, setiap hari beratus-ratus jugak orang datang view page yang berhabuk lagi hapak ini. Thank you :) I doakan yang baik2 jugak untuk awak, awak, awak, awak dan awak yang sudi datang jenguk blog ni. Semoga Allah sentiasa memberi cahaya ketenangan & kebaikan pada hari-hari kita semua. Ameen.

Okay rindu Aiman Yusuf & Adam Mikail. Nak pergi tengok kat nursery. Rinduuuu! Untunglah nursery dekat!

LOTS & LOTS & LOTS OF LOVE
NNAR :)

11 comments:

  1. Salam sis,
    kerja di uia ye? Mmg grad uia ke? I grad 2006 benl. Mcm fmiliar la ur face. Btw, im cpnceiving twin as well. Both boys insyaallah. Tabik pd yg thn smpai 37 weeks sbb nmpknya bru 35 weeks pun bila mngajar pun dh mengah. Nk xnk knalah mngajar sbb unikl mfi ni xckup staff.
    i tried to find the cost for ur delivery. Xjumpa or i missed it. Mklumla bc dr hp je. How much was it?

    ReplyDelete
  2. Comel twin awk.. semoga sy pun dberi rezeki seperti ini

    ReplyDelete
  3. Akak.. Mngandung 1 kantung ke? Ada effect x kak..

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. Congrat dear...by da way..saya pon sama ada anak2 twin boys...skrg dah 12 tahun...

    ReplyDelete
  6. Congrat dear...by da way..saya pon sama ada anak2 twin boys...skrg dah 12 tahun...

    ReplyDelete
  7. Tahniah, InshaAllah bulan 4, 2017 saya akan melahirkan twin juga dan both boys.
    Doakan semuanya lancar dan dipermudahkan buat saya. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hye.. saya pun pregnant twin dan boys. In shaa Allah dalam bulan July ni deliver. saya pregnant DCDA, tak seiras. boleh share sikit pengalaman bersalin Puan? bersalin week berapa? sebab sekarang saya dah 35 weeks tapi dah selalu rasa sakit-sakit dan kadang2 rasa tak tahan macam nak je cepat2 bersalin. tapi harapnya tak la sebab kalau boleh biar lepas 37 weeks. thank for sharing :)

      Delete
    2. sis dah bersalin ke

      Delete